1.0 PENDAHULUAN
Pemberontakan Taiping
ini bermula di kawasan Kwangsi dan Kwantung iaitu tempat kelahiran pengasas
kepada kebangkitan Taiping iaitu Hong Xiu Quan. Sekitar tahun 1850 selepas mengalami
kekecewaan kerana gagal kali yang ketiga dalam peperiksaan awam cina
menyebabkan Xiu Quan menukar haluan dengan menenangkan fikiran. Keadaan ini
telah membawa kepada Pemberontakan Taiping secara besar-besaran sehingga
merekodkan lebih 20 juta orang yang terkorban.[1]
Selain itu, kebangkitan ini juga tertumpu di kawasan yang mempunyai konflik
kaum dan penuh dengan masalahnya. Keadaan ini seperti menyumbang kepada
kebangkitan dengan kadar segera golongan petani. Penyebaran oleh Hong Xiu Quan
iaitu agama kristian adalah tepat pada masanya sehingga dapat menarik ramai
ramai menggunakan agama kristian untuk bangkit menentang.
Tai – Great,
Ping – Peace, Tian – Heaven, Guo – Country atau Kingdom ini adalah perkataan
cina yang apabila digabungkan dalam bahasa English ialah The Heavenly Kingdom of Peace.[2]
Berdasarkan nama sahaja dapat dilihat bahawa pemberontakan ini mempunyai unsur-unsur
keagamaan. Hong Xiu Quan iaitu pengasas kepada kebangkitan ini menyeru orang
ramai dengan menyebarkan bahawa beliau mendapat mandat daripada tuhan untuk
memulihkan semula keadaan negara yang berada dalam keadaan huru - hara.[3] Walaupun pada dasarnya banyak faktor yang
menyumbang kepada pemberontakan ini tetapi dengan ajaran – ajaran agama
kristian seperti persamaan taraf di antara semua orang dan keadilan yang
diamalkan menjadi faktor penarik kepada pemberontakan ini.
Mengapakah
Pemberontakan Taiping ini lebih berjaya berbanding dengan kebangkitan-kebangkitan
yang lain dan dapat menarik ramai anggota berbanding dengan pemberontakan
sebelumnya ? Pengasasnya iaitu Hong Xiu Quan menggunakan ajaran agama kristian
untuk menarik minat dan perhatian orang ramai. Beliau memanipulasikan agama
kristian untuk melakukan pemberontakan. Walaupun keadaan pada masa itu juga
mempengaruhi orang ramai untuk bangkit menentang, namun mereka diseru melalui ajaran
agama kristian yang telah digabungkan dengan kepercayaan tradisional cina.
Selain itu, dalam fahamannya juga terselit sikap anti – Manchu yang mana Hong
Xiu Quan kononnya diperintahkan oleh tuhan untuk menggulingkan pemerintahan
dinasti Qing.[4]
Walaupun agama kristian banyak memainkan peranan dalam pemberontakan ini, namun
tidak dapat disangkal bahawa adanya faktor – faktor politik yang dapat dikesan
dalam pemberontakan ini.
2.0 ISI – ISI
2.1. PENYEBARAN FAHAMAN KRISTIAN
Hong Xiu Quan yang menyebarkan pemberontakan Taiping menggunakan agama kristian sebagai ideologi kebangkitan tersebut. Dia juga menuntut bahawa telah diberikan mandat daripada Tuhan untuk menyelamatkan manusia.[5] Bai Shang Di Hui ataupun juga dikenali sebagai Worship God Society merupakan persatuan yang ditubuhkan oleh Hong Xiu Quan untuk mengumpulkan pengikut-pengikutnya sendiri.[6] Melalui persatuan ini, mereka mula mengumpulkan seramai mungkin pengikut dengan tujuan untuk menjayakan pemberontakan tersebut.

Kawasan yang paling jauh daripada pusat pemerintahan Qing juga didiami oleh kumpulan Hakka yang bermigrasi ke Kwangtung dan Kwangsi disebabkan oleh masalah. Kumpulan ini mengamalkan cara hidup yang biasa dengan melakukan kerja-kerja pertanian dan perlombongan sebagai mata pencarian. Mereka yang sememangnya mengamalkan ajaran kristian menjadi suatu bonus kepada kumpulan Pemberontakan Taiping ini apabila teras kebangkitan mereka yang berkisarkan kepada kebangkitan agama.[7] Apabila Hong Xiu Quan menyebarkan agama kristian di kawasan tersebut, dengan mudahny dapat mengumpulkan ahli dan sokongan kerana sememangnya kumpulan Hakka mengamalkan ajaran agama kristian. Tambahan lagi, beliau sendiri merupakan bangsa Hakka.[8]
“all men under heaven are brothers and all
women are sisters.”[9]
Dengan
menggunakan ajaran yang diambilnya daripada agama Kristian, beliau menguar-uarkan
ideologi pemberontakannya ini dalam usaha untuk menarik orang. Tambahan pula,
pada masa itu keadaan rakyat dalam keadaan yang sengsara. Perkara ini terjadi kerana terdapat pelbagai
masalah yang wujud pada masa itu. Selain itu, masyarakat Cina terutamanya di
kawasan Kwangsi merupakan masyarakat yang banyak menderita ditambah dengan konflik yang wujud di kawasan tersebut.[10]
Kawasan ini juga adalah kawasan yang lemah dari segi pemerintahan dan berada jauh
daripada pusat pemerintahan iaitu Peking.[11]
Lantaran itu menyebabkan masyarakat tersebut terpengaruh dengan ideologi
kristian yang disebarkan oleh Hong Xiu Quan.
Akibat masalah
yang dialami oleh masyarakat di kawasan tersebut, memudahkan mereka untuk turut
serta dalam pemberontakan ini. Hal ini demikian kerana, mereka memerlukan sinar
baru selepas kesengsaraan hidup yang dialami oleh mereka. Oleh itu, ajaran
agama kristian ini menarik perhatian mereka dan memberikan mereka semangat baru
untuk bangkit menentang selain daripada keistimewaan yang diperolehi daripada
agama ini. Contohnya seperti hak sama rata dan saling tolong – menolong antara
satu dengan yang lain. Kumpulan Hakka yang hanya golongan imigran di kawasan
tersebut menyokong usaha ini kerana mereka memerlukan pengiktirafan daripada
masyarakat awal di daerah tersebut. Oleh itu, ajaran ini membantu mereka untuk
menjadi satu bangsa di bawah satu agama.
Propaganda
beliau yang berkisarkan kepada kebangkitan untuk melawan “kejahatan” dan
sebagai satu keluarga yang aman dan harmoni berdasarkan ajaran agama kristian.
Namun begitu, beliau telah memanipulasikan ajaran ini sebagai usaha untuk
merealisasikan cita-citanya iaitu menggulingkan kerajaan Manchu. Kejahatan yang
dimaksudkan disini ialah pemerintahan kerajaan Manchu yang dianggap tidak
mendapat berkat daripada tuhan. Hal ini dapat dilihat melalui kepercayaan cina
yang mempercayai bahawa setiap pemerintah itu mendapat mandat daripada tuhan
untuk menjaga sesebuah negara. Tambahan lagi, keadaan negara pada masa itu yang
berada dalam peperangan seolah – olah mengukuhkan lagi bahawa pemerintahan Qing
itu tidak diberkati oleh tuhan seperti yang dipercayai oleh masyarakat cina.[12]
Pemberontakan
ini yang sebenarnya cuba mewujudkan unsur ketuhanan adalah menggunakan
kepercayaan rakyat cina mengenai usaha untuk memulihkan semula kepercayaan
shangdi iaitu kepercayaan tradisional masyarakat cina telah digabungkan dengan
unsur – unsur Kristian.[13]
Dinasti Qing yang menggunakan gelaran Huangdi
iaitu sama dengan Shangdi menyebabkan
rakyat percaya bahawa Hong Xiu Quan diarahkan dan mendapat mandat daripada
tuhan untuk melakukan pembaharuan dengan menggulingkan pemerintahan Qing.[14]
Perkataan Di yang membawa maksud High dalam bahasa inggeris dapat dilihat
pada hujung kedua – dua nama iaitu huangdi dan shangdi. Hal ini memberikan
kaitan di antara pemerintahan Manchu dengan pemerintahan yang ingin dipulihkan
oleh Hong Xiu Quan.
“ what we wear and clothe all come from
heaven, even drop a drop of water and food we eat are from Heavenly Shangdi”. “
heaven is Shangdi.” “ there are no others God except the heavenly Shangdi.’ God
is the only true creation god.”[15]
Dapat dilihat bahawa pernyataan ini menunjukkan
keagamaan yang mana individu yang mengikuti pemberontakan ini akan diberkati
oleh tuhan dengan berkat-berkat seperti mengerjakan tanah-tanah sebagai sumber
pendapatan. Pembaharuan-pembaharuan yang dijanjikan oleh Hong Xiu Quan adalah
berdasarkan agama Kristian. Antaranya ialah persamaan taraf di antara lelaki dan
wanita dan kesamarataan pemegang hak milik tanah[16].
Janji ini menarik perhatian ramai penduduk tempatan untuk turut serta. Namun,
bagi menjayakan pemberontakan ini dan dapat melaksanakan pembaharuan yang
dikatakan oleh Hong Xiu Quan, orang ramai perlulah bangkit menentang dan
menjatuhkan pemerintahan Qing.
“ All the land under Heaven should be cultivated by
all the people under Heaven”. [17]
Kegiatan
pertanian yang merupakan punca pendapatan rakyat kampung terutamanya
menyebabkan mereka dengan senang menerima ajaran agama kristian yang dibawa
oleh Hong Xiu Quan. Memusnahkan sistem hak milik tanah dan harta[18]
yang mengawal rakyat daripada mengerjakan hasil tanah mereka memberikan lagi
mereka semangat untuk turut serta dalam pemberontakan ini. Orang Manchu yang
bukan orang asal negara tersebut membuat masyarakat China percaya bahawa orang
Manchu tidak berhak ke atas hasil tanah negara China. Mereka yang mengikuti
pemberontakan ini adalah mereka yang memeluk agama kristian dan seterusnya
mereka percaya bahawa mereka mendapat berkat daripada tuhan ke atas hasil –
hasil tanah. Mereka akan hidup saling bekerjasama dalam kelompok dan
mengerjakan pekerjaan mereka secara tolong -menolong.
2.2 KELEMAHAN PENTADBIRAN MANCHU
2.2 KELEMAHAN PENTADBIRAN MANCHU
Kekalahan
kerajaan Manchu dalam Perang China-Inggeris Pertama pada tahun 1839 hingga 1842
menjadi bukti kelemahan pentadbiran Manchu dalam menangani dasar luar dengan
pihak barat. Punca kekalahan Manchu dikenalpasti apabila mereka menolak
penggunaan sains dan teknologi. Oleh yang demikian, maka termeterailah
Perjanjian Nanking yang ditandatangani oleh China dan Inggeris yang sekaligus
menjatuhkan martabat negara China sebagai “ middle kingdom.”[19]
Middle Kingdom ini penting buat negara China kerana mereka merasakan bahawa
mereka merupakan negara yang istimewa. Kehilangan status ini ekoran daripada
Perjanjian Nanking telah menyebabkan negara China kehilangan keistimewaan
mereka di Asia Timur.
Kegagalan Manchu
untuk mempertahankan negara dari ancaman asing menyemarakkan semangat
nasionalisme yang tinggi dan sentimen anti Manchu yang kuat menjadikan rakyat
cina tercari-cari satu cara untuk membangkitkan perasaan mereka ini. Demi
menyelamatkan negara China dari terus mundur dan hilang mandat dari syurga,
golongan ini akhirnya bertekad untuk menjalankan satu bentuk pemberontakan yang
diketuai oleh Hong Xiu Quan yang bercita-cita untuk menggulingkan dinasti
Manchu. Faktor ini juga turut menyumbang kepada Pemberontakan Taiping yang
merekodkan sejarah sebagai satu pemberontakan yang mencatatkan angka kematian
yang ramai.
Pemberontakan Taiping merupakan satu bentuk pemberontakan dalam negeri yang terbesar dalam sejarah negeri China.[20] Faktor anti-Manchu turut merujuk kepada kewujudan permusuhan yang berlaku antara orang Han terhadap Manchu yang merangkumi dasar-dasar diskriminasi dan juga kekejaman pentadbiran Manchu terhadap orang Han. Walaupun pada dasarnya orang - orang Cina cuba untuk mengikut bentuk pemerintahan yang dilaksanakan oleh Manchu, namun mereka gagal. Mereka menghadapi masalah dengan keadaan pentadbiran orang Manchu. Korupsi yang berlaku khususnya berkenaan pungutan cukai tanah menyukarkan hidup masyarakat.[21] Hal inilah yang telah mencetuskan kebencian yang mendalam terhadap pentadbiran Manchu pada era Dinasti Qing, lantas membangkitkan semangat penentangan terhadapnya.

Pentadbiran Manchu
telah mencetus kemarahan masyarakat Cina kerana telah menjalankan pemerintahan
yang tidak telus dan diskriminasi.[22]
Antara dasar diskriminasi yang mencabar dan menghina orang Han ialah tanah
kepunyaan mereka dirampas, selain daripada orang Han tidak diberi kesempatan
untuk mengisi jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan.[23]
Namun,sebaliknya pula orang-orang Manchu yang diberi keistimewaan dan pangkat
dalam pentadbiran. Situasi ini amat jelas menunjukkan ketidak adilan dalam
pemerintahan Manchu. Tindakan ini seolah-olah menidakkan hak orang Cina Han.
Dinasti Qing yang bukan
merupakan penduduk asal China menambahkan lagi rasa tidak puas rakyat. Ini
ditambah lagi apabila kebanyakan penjawat – penjawat kerajaan dalam sistem
pentadbiran Manchu bukannya terdiri daripada orang Cina, sebaliknya mereka
berasal daripada Manchuria. Orang Manchu berasal daripada puak Jurched (Nuzhen)
yang mendiami kawasan di Manchuria.[24]
Pemerintah Manchu yang berasal daripada Manchuria ini tidak disukai oleh
orang-orang Cina tempatan, terutamanya di daerah Kwangtung dan Kwangsi.
Selain itu, pemerintah Manchu juga telah menjalankan pentadbiran kuku besi dengan memperkenalkan dasar memaksa semua golongan lelaki Cina mencukur rambut di hadapan kepala masing-masing dan bertoncang toi chong, selain daripada pengharaman kepada perkahwinan antara orang China dengan orang Manchu.[25] Pengharaman perkhawinan campur ini menunjukkan bahawa orang Manchu ingin mengekalkan status suku kaum mereka. Masyarakat China mendapati bahawa orang Manchu ini tidak ingin tinggal bersama mereka sebaliknya ingin menguasai China.

Pentadbiran Manchu juga
telah bertindak dengan membunuh golongan - golongan intelek yang disyaki
menyebarkan ideologi anti Manchu. Situasi ini berlaku semasa pemerintahan
Maharaja Yung Cheng (1723-1736) dan Maharaja Chien Long (1736-1796). Penindasan
dan diskriminasi ini bukan sahaja menyebabkan mereka tidak mendapat kepercayaan
golongan Cina, malahan telah menyemarakkan lagi semangat penentangan untuk
menggulingkan kerajaan Manchu. Golongan intelek ini adalah terdiri daripada
orang Han dan pembunuhan ini menjadi faktor kebangkitan masyarakat kerana
pembunuhan tersebut mengurangkan jumlah golongan intelek Han dalam sistem
pentabiran kerajaan dan memberi peluang kepada orang Manchu untuk mengambil
alih sepenuhnya pemerintahan kerajaan.
Penentangan Taiping ini
yang menerima sokongan majoriti masyarakat China dapat dilihat kaitannya dengan
penentangan – penentangan sebelumnya. Antara persatuan yang melakukan
pemberontakan dan menonjol ialah Persatuan Syurga dan Bumi, Persatuan
Persaudaraan Ko Lao ( Ko Lao Hui ) dan Persatuan Teratai Putih. Gerakan
penentangan yang berlaku di wilayah Hupei, Szechwan dan Shensi yang dipelopori
oleh Persatuan Teratai Putih merupakan antara contoh kebangkitan orang Cina
menentang kezaliman Manchu. Melalui pemberontakan-pemberontakan sebelum
Pemberontakan Taiping menunjukkan bahawa pemerintahan Qing sememangnya tidak
mendapat persetujuan masyarakat China.
Permasalahan yang berlaku ini menyebabkan majoriti dari kalangan masyarakat China mencari perkerjaan lain, bermigrasi, dan tidak kurang juga yang terjebak dalam jenayah.[26] Situasi ini sedikit sebanyak menjadi punca mengapa mereka terpengaruh dengan pegangan Kristian, kerana paderi-paderi Kristian menawarkan bantuan kewangan kepada mereka untuk menyara kehidupan. Lantas, dalam masa yang sama dipujuk untuk menjadi pengikut menentang pentadbiran Manchu oleh gerakan penentangan Hong Xiu Quan.

Kesempitan hidup yang dialami menyebabkan orang Han terpaksa melakukan aktiviti jenayah. Aktiviti jenayah yang mereka lakukan ialah perompak, pencuri dan penyamun.[27] Pemimpin tempatan hanya memandang sepi jenayah seperti ini. Jika penduduk tempatan melaporkan, pihak kerajaan hanya senyap sahaja terhadap laporan itu seperti tidak ada yang berlaku.[28] Menteri kerajaan selalu mengata bahawa tiada laporan yang mereka perolehi daripada rakyat walaupun rakyat sendiri melaporkan kepada pihak mereka. Hal ini kerana pihak menteri mahu menjaga kepentingan Maharaja supaya harta negara tidak digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.[29] Pemimpin hanya memegang jawatan untuk mengaut keuntungan semata-mata bagi kepuasan mereka sendiri sehingga menindas rakyat dan tempoh mereka memegang sesuatu jawatan itu mengambil tempoh masa yang lama. Ini menunjukkan pemerintah Manchu yang hanya membiarkan sahaja keadaan masyarakat Cina.
Keadaan pemerintahan negara pada masa itu terbukti berada dalam keadaan huru-hara apabila banyak pemberontakan yang berlaku selain daripada perang candu yang menyebabkan pengaliran keluar wang negara. Kemasukan Barat pada masa itu yang berusaha untuk menembusi pasaran di China menunjukkan ketidakcekapan pentadbiran dinasti Qing. Banyak kilang-kilang perindustrian yang terpaksa ditutup lantaran daripada kemasukan barang-barang daripada Barat.[30] Persaingan ekonomi menyebabkan masyarakat tempatan tunduk kepada Barat kerana modal Barat yang amat tinggi.
2.3 FAKTOR
SOSIOEKONOMI
Ketidakadilan pemerintahan Manchu juga melibatkan pelaksanaan pembayaran cukai yang tidak munasabah, khususnya melibatkan golongan petani. Mereka telah dikenakan kadar cukai sebanyak dua kali lebih tinggi daripada biasa dalam erti kata untuk membantu negara menghadapi masalah ekonomi yang dialami. Tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati masyarakat China kerana dianggap tidak masuk akal. Pemerintah Qing banyak menggunakan wang untuk membiayai ketenteraan tambahan lagi semasa pemerintahan Chien Lung yang banyak berlakunya kebangkitan-kebangkitan persatuan di China.[31] Wang dibelanjakan untuk menyediakan kelengkapan-kelengkapan senjata dan makanan kepada golongan tentera. Lantaran itu, apabila golongan petani tidak mampu untuk membayar cukai, mereka menggadaikan tanah mereka kepada tuan-tuan tanah. Oleh itu, keadaan ini membebankan rakyat lantas mengambil keputusan untuk terlibat dalam pemberontakan ini.

Golongan petani terutamanya yang tinggal di kawasan utara China sentiasa mengalami kebuluran disebabkan kemarau yang berlaku. Tambahan lagi, aktiviti pertanian merupakan kegiatan utama dan masalah kemarau menyebabkan hasil pencarian dan sumber makanan mereka terbantut. Bencana alam yang berlaku seperti di Sungai Yangtze, Shantung dan kemarau panjang di wilayah Honan. [32] Hal ini menunjukkan kelemahan kerajaan dalam mengatasi masalah tersebut. Mereka dihimpit masalah kekurangan sumber makanan, tetapi di pihak pentadbiran Manchu pula tidak mempedulikan permasalahan yang dialami oleh masyarakat China. Ini menunjukkan ketidakcekapan pemerintah Manchu untuk menguruskan masalah ekoran daripada bencana alam ini. Rakyat tidak mendapat perlindungan dan bantuan daripada kerajaan menyebabkan rakyat semakin tidak percaya dengan pemerintahan Manchu.
2.4 KESAN PERANG CANDU
Apabila Kerajaan
Qing kalah dalam Perjanjian Nanking, mereka tidak berani untuk menghalang
kemasukan Barat ke dalam terutamanya barangan – barangan Barat yang dipasarkan
di China. Keadaan ini telah menyebabkan kemasukan secara besar – besaran candu
ke dalam negara China.[33]
Hal ini menyebabkan negara mengalami defisit kewangan lantaran menaikkan harga
barangan sehingga menyusahkan rakyat tempatan. Keadaan ekonomi China yang
berubah ekoran daripada perang Candu ini meletakkan China dalam keadaan huru –
hara dan tidak dapat mempertahankan perdagangan utamanya iaitu kain sehingga
China sendiri mengimport kain daripada Barat.[34]
Selain itu,
ketagihan akibat daripada candu ini memberikan kesan kepada kesihatan
masyarakat cina.[35]
Banyak masyarakat Cina yang meninggal dalam usia yang muda kerana kesan candu
kepada kesihatan mereka. Ketagihan terhadap candu ini membuatkan masyarakat
membazirkan wang mereka untuk membeli candu dan bersukaria. Mereka banyak
menghabiskan masa dengan menghayal kesan daripada pengambilan candu. Masalah
yang berleluasa akibat daripada perang ini menyebabkan ramai orang yang tidak
berpuas hati. Keadaan hidup mereka semakin susah dan ini menyebabkan mereka
mengikuti kebangkitan melawan pemerintahan Qing ini. Tidak hanya kepada
masyarakat tempatan tetapi kegiatan menghisap candu juga terjadi di kalangan
pegawai – pegawai kerajaan menyebabkan pentadbiran semakin tidak teratur kerana
sikap tidak telus mereka.
2.5
KEBEBASAN
MUBALIGH KRISTIAN
Perjanjian
Peking yang ditandatangani oleh China telah memberikan peluang kepada Perancis
untuk membawa masuk mubaligh – mubaligh kristian dengan jumlah yang banyak.[36]
Pertambahan ini menyebabkan penyebaran agama kristian berlaku dengan cepat.
Tambahan lagi, golongan mubaligh ini membeli dan menyewa tanah – tanah untuk
dijadikan tapak bagi pembinaan gereja. Apabila banyak gereja dibina, ramai
orang Cina yang menganut agama kristian dan menambah lagi bilangan ahli
kebangkitan Taiping ini. Tambahan lagi, kemasukan mubaligh mubaligh kristian
ini adalah tertumpu di kawasan pedalaman iaitu jauh daripada pemerintahan Manchu.[37]
Keadaan ini membantu lagi dalam menyebarkan pengaruh Pemberontakan Taiping ini.
2.6 RANCANGAN PEMBAHARUAN HONG XIU QUAN
Sistem tanah yang dijanjikan oleh Hong Xiu Quan[38] juga menarik orang ramai untuk terlibat dalam kebangkitan penentangan ini. Pada masa itu, pemerintahan Manchu yang tidak telus dari segi hak milik tanah dan mengamalkan sistem feudal tentunya membebankan rakyat terutama golongan petani. Kebanyakan mereka hidup dengan hasil pendapatan daripada bercucuk tanam dan mereka perlu membayat cukai. Keadaan ini membebankan mereka kerana pada akhirnya hasil titik peluh mereka tidak juga memberikan pulangan yang lumayan kepada mereka kerana terpaksa membayar cukai dan harga yang dikenakan ke atas barangan jualan juga adalah murah.
Setiap individu yang melepasi umur 16 tahun tidak kira lelaki mahupun perempuan akan mendapat bahagian tanah.[39] Bagi golongan petani, perkara ini amat menguntungkan mereka kerana anak – anak mereka akan mendapat tanah dan ini membantu untuk menambah hasil pendapatan keluarga. Walaupun pada dasarnya, tanah tersebut bukan hak milik mereka dan mereka tidak boleh menyimpan harta namun pemberian tanah untuk menghasilkan pendapatan ini memberi semangat kepada golongan petani bahawa adanya kesamarataan semua anggota msyarakat. Tidak ada pihak yang akan mendapat lebih dan hasil bersama akan disimpan di stor awam. Berbanding dengan semasa pemerintahan Manchu yang memiliki sepenuhnya hak terhadap tanah dan dikawal oleh pegawai yang dilantik.

Selain
itu, “ men and women were equal in the
Taiping kingdom. Women were allowed to serve in the civil and military
administration, and there were repotedly 100,000 female soldiers and officers
under the command of Hung’s sister.”[40]
Melalui penyataan tersebut, pembaharuan yang memberikan peluang kepada semua
anggota masyarakat ini menarik minat masyarakat Cina selain daripada mereka
dapat bekerja dan mencari pendapatan sendiri. golongan wanita mendapat peluang
untuk menceburkan diri dalam pentadbiran dan mendapat pekerjaan yang sekaligus
membantu untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Tambahan lagi, ini membantu
golongan balu untuk mencari pendapatan merekas sendiri.[41]
Peperiksaan
awam untuk kemasukan bekerja dalam kerajaan juga telah diubah daripada
menggunakan ajaran Konfusius kepada menggunakan ajaran agama Kristian.[42]
Semua anggota masyarakat mendapat peluang untuk mengambil peperiksaan ini dan
mengikut rekod banyak yang lulus dalam peperiksaan yang dilaksanakan oleh Hong
Xiu Quan. Keadaan ini memberi peluang kepada masyarakat untuk menceburkan diri
dalam pentadbiran kerajaan tambahan lagi soalan yang diberikan adalah
berdasarkan daripada dokumen kristian. Jika sebelum ini, mereka yang ingin
mengambil peperiksaan perlu menghafal banyak fakta – fakta Konfusius dan
memerlukan wang untuk membeli buku, namun pembaharuan yang dijanjikan Hong Xiu
Quan ini adalah lebih mudah. Rakyat boleh mendengar mengenai ajaran Kristian
daripada golongan misionari dan ketua – ketua yang memeluk agama kristian
sahaja. Justeru, hal ini mendorong dalam memotivasikan golongan masyarakat
untuk terlibat sama dalam Pemberontakan Taiping ini.
Secara keseluruhannya, banyak faktor – faktor yang
menyumbang kepada pemberontakan Taiping ini. Namun, teras bagi kebangkitan ini
dan persatuan yang ditubuhkan oleh Hong Xiu Quan adalah berasaskan ajaran agama
Kristian. Beliau memanipulasikan ajaran agama Kristian untuk mengumpulkan
pengikut-pengikut bagi persatuannya. Mereka yang terlibat dengan
pemberontakan ini akan masuk ke syurga kerana sanggup untuk bertarung nyawa.[43]
Kebangkitan ini juga meliputi aspek sosial dan ekonomi yang pada masa itu
menjadi penyumbang kepada Hong Xiu Quan
untuk menggumpulkan anggota-anggota bagi persatuannya. Kegagalan beliau dalam
peperiksaan awam Cina sebanyak 4 kali menunjukkan bahawa Hong Xiu Quan berasa
kecewa dan mencari inisiatif lain untuk membalas dendam kepada pemerintahan
Qing. Tambahan lagi, keadaan hidup pada masa itu yang memudahkannya untuk
melakukan pemberontakan.
Pemberontakan ini merekodkan sejarah yang penting dalam
kerajaan China disebabkan kebangkitan secara besar-besaran yang dilakukan
oleh rakyat Cina terutamanya golongan petani. Sejarah pemberontakan ini yang
berlainan dengan pemberontakan lain memperlihatkan betapa besarnya peranan
setiap faktor pendorong daripada menggunakan fahaman agama kristian
sehingga ketaranya kepincangan dan huru-hara yang berlaku dalam kerajaan
China pada masa itu. Agama kristian yang ketika itu tersebar di China menjadi
batu loncatan kepada Pemberontakan Taiping ini berlaku selama 15 tahun.
[1] Ebrey B. Patricia, 1996, China,
Australia: Press Syndicate of the University of Cambridge, Hal 242.
[2] Imannuel C.Y. Hsu, 1995, The
Rise of Modern China, New York : Oxford University Press Inc, Hal 22.
[3] Morton W. Scott & Lewis M. Charlton, 2005, Its History and Culture, United States:The Mc Graw Hill Companies,
Hal 157 – 158.
[4] Ebrey B. Patricia, 1996, China,
Australia: Press Syndicate of the University of Cambridge, Hal 242.
[5] Yang Zhou et al, 2002, An
Outline of China : Bai Shouyi, China: Foreign Languages Press, Hal 394.
[6] Ibid.
[7] Imannuel C.Y. Hsu, 1995, The
Rise of Modern China, New York : Oxford University Press Inc, Hal 225 –
226.
[8] Ibid., hal 226.
[9] Yang Zhou et al, 2002, An
Outline of China : Bai Shouyi, China: Foreign Languages Press, Hal 394.
[10] Ebrey B. Patricia, 1996, China,
Australia: Press Syndicate of the University of Cambridge, Hal 242.
[11] Imannuel C.Y. Hsu, 1995, The
Rise of Modern China, New York : Oxford University Press Inc, Hal 225.
[12] Wang C.F James, 1999, Contemporary
Chinese Politics: An Introduction, New Jersey: Prentice Hall Inc, Hal 6.
[13] Reilly Thomas H,2004, the Taiping Heavenly Kingdom: Rebellion and
The Blasphemy of Empire, United States: University of Washington Press, Hal 242
[14] Ibid, hal 4.
[16] Ibid.
[17] Yang Zhou et al, 2002, An
Outline of China : Bai Shouyi, China: Foreign Languages Press, Hal 395.
[18] Immanuel C.Y Hsu, 1995, The
Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal233.
[19] James C.F Wang, 1999,
Contemporary Chinese Politics: An Introduction, New Jersey: Prentice Hall
Inc, Hal 6.
[20] Joginder Singh Jessy, 1978, Sejarah China dan Jepun,Kuala Lumpur :
Anthonian Store Sdn Bhd, hlm 30
[21] Immanuel C.Y Hsu, 1995, The
Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal 124 –
125.
[22] Suffian Mansor, 2009, Sejarah
China Moden, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, hlm 41
[23] Edwin E. Moise, Modern
China,A History, Britain : Pearson Education Limited, hlm 31
[24] Suffian Mansor, 2003, Tamadun
China, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 148
[25] Suffian Mansor,2003, Sejarah
China Moden, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 41
[26] Ibid., hlm 43
[27] Ibid.
[28] Ssu-yu Teng, 1999, New Light
on the History of the Taiping Rebellion, Amerika Syarikat: New York/ Russel
& Russel, hlm. 40
[29] Ibid.
[30] Maswari Rosdi , 1983 , Sejarah
China dan Jepun 1800 – 1955, Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn Bhd, Hal
53.
[31] Immanuel C.Y Hsu, 1995, The
Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal 126.
[32] Ibid.
[33] Immanuel C.Y Hsu, 1995, The
Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal224.
[34] Israel Epstein, 2004, From
Opium War to Liberation, Beijing: Foreign Language Press, Hal18.
[35] James C.F Wang, 1999,
Contemporary Chinese Politics: An Introduction, New Jersey: Prentice Hall
Inc, Hal 6.
[36] Wan Kok Seng, 1979, China:
Imperialisme Barat dan Kesannya, Kuala Lumpur: Atlantic Printing, Hal 36.
[37] Ibid., hal 36 – 37.
[38] Immanuel C.Y Hsu, 1995, The
Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal233.
[39] Ibid.
[40] Ibid, hal 235-236.
[41] Ibid.
[42] Ibid, hal 235.
[43] Immanuel C.Y Hsu, 1995, The
Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal249 –
250.