Pages

Thursday, March 21, 2013

Pembangunan Sahsiah


ISU PENYELEWENGAN MASA DALAM KALANGAN GURU DISEKOLAH.

Antara isu sahsiah yang kurang diberi perhatian oleh pihak tertentu iaitu penyelewengan masa dalam kalangan guru disekolah. Isu ini menjadi isu sahsiah pilihan dalam kumpulan. Antara pandangan guru dan pelajar terhadap isu penyelewengan masa yang dilakukan oleh guru secara langsung mahupun secara tidak langsung iaitu: 

Guru masuk lewat ke kelas.
Dewasa ini sering menjadi bualan tentang masalah yang melibatkan sahsiah guru yang kian hari semakin menggugat kredibiliti profesion perguruan Malaysia. Melihat kepada masalah penyelewengan masa dalam kalangan guru di sekolah ini ianya melibatkan pelbagai bentuk kesalahan yang dilakukan oleh guru yang tidak bertanggungjawab ini. Sebagai contoh yang paling hampir masalah guru yang lewat hadir ke kelas.
            Masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana perkara ini terkandung dalam etika pengurusan masa yang terangkum dalam Pekeliling berkaitan Etika Profesion Perguruan (Pembangunan Sahsiah, 2011:209). Kod etika ini merangkumkan perkara yang perlu dipatuhi oleh guru seperti waktu hadir ke sekolah, waktu hadir ke kelas serta mengajar ikut jadual waktu yang ditetapkan. Semua ini termasuk dalam pengurusan masa dan ketetapan masa yang telah termaktub dalam Etika Profesion Perguruan. Masalah penyelewengan waktu dalam kalangan guru sering dapat dilihat melalui kelewatan guru masuk ke kelas, kelewatan guru datang ke sekolah dan sebagainya.
            Berdasarkan kajian sebelum ini, masalah berkaitan penggunaan masa guru ini sering dikaitkan dengan penggunaan masa guru ke arah aktiviti yang tidak berfaedah terutamanya  semasa berada dalam kawasan sekolah. Sebagai contoh dapat dilihat guru-guru yang bermasalah ini menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran yang sepatutnya mereka berada di dalam kelas tetapi digunakan untuk bersembang serta bergosip tentang perkara yang tidak sepatutnya menjadi bualan di sekolah. Sedangkan sesi pengajaran dan pembelajaran dibiarkan habis begitu sahaja. Dapat dilihat bahawa sahsiah yang dimiliki guru ini mencemarkan profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi di mata masyarakat.
 Dalam Pembangunan Sahsiah ada menyatakan bahawa seorang guru yang profesional harus mempunyai tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah,1998). Kenyataan ini jelas menegaskan bahawa guru sebagai role model kepada muridnya perlu membetulkan sahsiah terlebih dahulu. Sebagai contoh seorang guru haruslah menunjukkan sikap menepati masa kepada muridnya bukan sebagai seorang yang tidak menepati masa. Kerana perkembangan pelajar adalah melalui pemerhatian keadaan sekeliling yang dijadikan ikutan oleh pelajar itu dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
            Menurut Yahya dan Zainuddin(2003) melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1996 ada menjelaskan :
“Para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu, bahkan juga dalam pembangunan sahsiah anak didiknya. Justeru itu guru perlu terlebih dahulu memiliki sahsiah atau personaliti yang unggul sebelum berusaha untuk membentuk sahsiah para muridnya melalui proses pendidikan.”

Guru berniaga dalam kawasan sekolah.
Guru berniaga dalam kawasan sekolah semasa waktu persekolahan juga merupakan masalah yang berkaitan dengan penyelewengan masa dalam kalangan guru di sekolah. Sememangnya manusia tidak pernah puas dengan pencapaian yang di kecapi telah membuatkan para guru ini melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan tetapi dalam konteks ini perkara ini dilihat sangat menyimpang kerana perbuatan ini akan mengabaikan tanggungjawab serta matlamat sebenar guru itu datang ke sekolah iaitu untuk mengajar.
            Melihat kepada perkara ini, guru perlulah bertanggungjawab dengan tugas yang telah diamanahkan kepadanya untuk mendidik pelajar bukannya menjadi juru jual di sekolah. Dalam buku Peperiksaan Penilaian tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru tulisan Mok Soon Sang ada menekankan guru bertanggungjawab terhadap pekerjaannya, iaitu akauntabiliti terhadap kurikulum yang telah ditugaskan untuk dilaksanakan olehnya malahan juga guru juga perlu mendalami tugas yang ditetapkan oleh pihak sekolah terhadapnya. Jelas dapat dilihat guru perlu bertugas sebagai pendidik bukannya sebagai juru jual di sekolah. Bukan itu sahaja perkara ini juga ada terkandung dalam Etika Profesion Perguruan iaitu guru tidak boleh melakukan kesalahan tata kelakuan seperti menguruskan perniagaan dalam waktu pejabat ataupun waktu pengajaran dan pembelajaran. Kerana dapat ditafsirkan seorang peniaga ini akan menjadikan keuntungan sebagai matlamat utamanya. Perkara ini sama sekali telah memesongkan niat sebenar seorang guru hadir ke sekolah. Justeru itu guru ini tidak lagi memberikan komitmen terhadap waktu yang sepatutnya digunakan untuk mengajar tetapi telah disalah gunakan untuk berniaga.
            Waktu yang diperuntukkan oleh pihak atasan kepada guru perlu dimanfaatkan kepada perlakuan yang boleh meningkatkan prestasi kurikulum mahupun kokurikulum pelajar sekali gus meningkatkan prestasi sekolah. Justeru itu guru memberikan sepenuh masa dan kudratnya dengan menggunakan masa yang ada dengan perkara yang membantu pelajar untuk maju dalam hidup bukannya menjalankan perniagaan yang hanya menguntungkan diri sendiri tanpa menghiraukan matlamat guru datang ke sekolah iaitu untuk mendidik.
Malahan guru juga boleh menggunakan masa yang ada untuk bertindak sebagai ejen kepada hubungan sekolah dengan ibu bapa. Perkara ini penting kerana penglibatan guru sebagai orang tengah kepada pelajar dengan ibu bapa dapat memberikan tanggapan yang positif terhadap profesion perguruan di sesebuah sekolah itu. Perkara ini berlaku kerana guru akan lebih hampir dengan ibu bapa dan sekali gus mudah bagi guru untuk mendalami masalah yang dihadapi oleh pelajar yang saling berhubung kait dengan prestasi pelajar tersebut.

Guru berbual di kantin dan keluar sekolah sewaktu P&P.
Bukan itu sahaja guru yang bermasalah ini juga sering duduk di kantin sekolah untuk bersembang perihal yang tidak penting sedangkan sesi pengajaran dan pembelajaran dibiarkan habis begitu sahaja. Tidak kurang juga terdapat segelintir guru yang keluar masuk dari kawasan sekolah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
            Menurut Etika Profesion Perguruan yang telah ditetapkan, seorang guru itu tidak boleh bertingkah laku dengan tingkah laku yang mencemarkan profesion perguruan. Hal ini demikian kerana guru yang menghabiskan banyak masa berbual di kantin menyebabkan kegagalan pihak guru ini untuk mengawal pelajarnya kerana guru ini tidak berada hampir dengan pelajarnya kerana sibuk berbual perkara yang tidak menyumbangkan peningkatan prestasi pelajar serta sekolahnya. Malahan akan timbul masalah yang lebih besar lagi jika guru yang sepatutnya berada di dalam kelas didapati keluar dari kawasan sekolah untuk melepak dan sebagainya. Masyarakat sekeliling akan mula menimbulkan persoalan tentang kredibiliti seorang guru yang membuang masa sedangkan waktu itu sepatutnya guru itu berada di sekolah. Perkara ini sudah semestinya akan menjatuhkan martabat serta pandangan masyarakat yang menyaksikan perlakuan guru yang tidak bertanggungjawab ini. Seperti sedia maklum Kod Etika Profesion Perguruan ini dibentuk adalah bertujuan untuk menjunjung tinggi martabat profesion perguruan. Menurut tulisan R. Hermawan (1979) dalam buku Profesi Perguruan ada menekankan bahawa:
“...kod etika ini dicipta supaya dapat menjaga pandangan dan kesan daripada pihak luar atau masyarakat, supaya masyarakat ini tidak memandang rendah atau remeh terhadap profesion perguruan ini.”

            Jelas dapat dilihat melalui petikan ini profesion perguruan ini adalah satu bidang yang sangat disanjung tinggi martabatnya. Tetapi apakah pandangan serta tanggapan orang ramai serta masyarakat jika melihat guru tidak berada di sekolah pada waktu yang sepatutnya. Perkara seperti ini sudah pastinya akan mengakibatkan tanggapan orang ramai serta masyarakat terhadap tingginya martabat bidang perguruan ini akan tercemar dan menurun.
            Malahan perlakuan guru ini juga akan mengundang masalah lain yang lebih berat seperti murid ponteng dan sebagainya. Dapat dilihat pelajar yang ingin belajar akan mula bosan dengan sikap guru yang sering tidak masuk ke kelas dan akhirnya menyebabkan pelajar bergiat dengan gejala ponteng. Menurut Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam keratan akhbar Utusan Malaysia (2001, Mac 23) bertajuk Guru antara punca murid ponteng berkata, pihak sekolah tidak boleh menyalahkan murid semata-mata, kerana tidak mustahil kegagalan guru mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik turut menjadi punca pelajar ponteng sekolah. Melihat daripada ucapan ini dapat disimpulkan guru menjadi punca kepada pelajar ponteng kerana tidak berjaya menarik minat pelajar untuk belajar sedangkan guru itu sendiri tidak masuk ke kelas kerana sibuk melepak di kantin dan berada di luar sekolah semasa waktu P&P sepatutnya berlangsung. Malahan kemerosotan prestasi pelajar juga boleh dikaitkan dengan perkara ini kerana menurut Muller et. Al. (2001) dalam buku Pembangunan Sahsiah ada menyelitkan guru-guru yang mempamerkan ciri-ciri keperibadian yang merosot menunjukkan perkaitan dengan kemerosotan pencapaian pelajar.
            Sungguh malang rasanya jika terdapat guru yang sering melakukan penyelewengan masa dalam menjalankan tugas sebagai pendidik kerana kesediaan guru itu untuk berkhidmat tidak melambangkan ketinggian martabat profesion perguruan. Bukan itu sahaja, guru tersebut juga susah untuk memberikan komitmen dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik anak bangsa yang seharusnya mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai yang tinggi di dalam diri agar profesionalisme dan kredibiliti mereka sebagai warga pendidik dapat dikekalkan dan dimantapkan.

PERKAITAN TINGKAH LAKU GURU DENGAN NILAI BITARA

Guru memulakan dan menamatkan kuliah tepat pada masanya dan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Guru tidak menggunakan masa yang sepatutnya dengan ‘mencuri tulang´ atau membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal akademik.

 Integriti 
 
Dalam nilai bitara, integriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendukung prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisme. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan.  
Secara ringkasnya, ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten, misalnya amalan belajar adalah sebahagian daripada ibadah kita sebagai umat Islam di mana sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat. Segala pemikiran, amalan dan tingkah laku ialah ibadah jika dilakukan dengan niat kerana Allah S.W.T. Intai keredaan Tuhan setiap masa. Ini juga termaktub di dalam perkara pertama Rukun Negara kita iaitu Kepercayaan kepada Tuhan yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Ibadah juga membawa maksud membuat segala perkara yang baik dalam kehidupan seharian. Sebagai  guru, personaliti Bitara memainkan peranan penting untuk menjamin masa depan yang cemerlang. Dalam membentuk personaliti Bitara ini, nilai integriti mempunyai empat ciri guru yang berkesan iaitu bersikap adil, amanah, akauntabiliti dan telus. Oleh itu guru perlulah adil dalam menjalankan tugas dan perlu mengikuti masa yang telah ditetapkan serta tidak mencuri tulang terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Dalam pembentukan sahsiah, nilai-nilai integriti amat penting di tanam dalam jiwa guru-guru. Integriti juga adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendorong prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisme. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan. Secara ringkasnya, ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten.

   Profesional
Profesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan kemahiran dan kecekapan. Nilai ini membawa maksud melatih diri agar mencapai tahap kompetensi yang dikehendaki. Apakah tahap kompetensi yang dikehendaki dalam profesion anda? Tidak kiralah sebagai warga UPSI mahupun sebagai guru sekolah, anda haruslah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan sepenuhnya. Hasil tugasan perlu meningkat secara berterusan. Tahukah kita bahawa hampir semua syarikat swasta kini memastikan setiap pekerja menghasilkan tugasan yang berterusan dan sekiranya tidak memenuhi piawaiannya, pekerja tersebut akan ditamatkan kontrak.
Nilai profesional mempunyai empat ciri guru yang berkesan iaitu beretika, iltizam, cinta ilmu dan kompeten. Guru mestilah sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi. Berdasarkan konteks sini, organisasi adalah sekolah kita. Maruah guru yang lain sebagai rakan sekerja dan murid-murid juga mesti dijaga. Ini termasuk tidak mengaibkan markah murid-murid kepada umum dan tidak bercakap sumbang di belakang mereka. Bersikap iltizam atau komited adalah menjalankan tugasan dengan penuh semangat dan dedikasi. Skop tugasan guru adalah pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini perlu dirancang dan dilaksanakan dengan terperinci dan teliti.
Guru perlu melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati tanpa mengira masa. Sebagai contoh, anda mungkin dikehendaki menjalankan aktiviti pada hujung minggu. Usahlah menganggapnya sebagai beban yang amat berat tetapi fikirkan sebagai bukan selalu dan sebahagian daripada tugas guru untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid anda. Pastikan juga potensi diri dapat dipupuk dan direalisasikan. Jadikan diri sebagai contoh dan teladan kepada rakan sekerja terutamanya murid-murid. Guru kini dikehendaki menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas mereka. Maka penyelidikan haruslah dijalankan dengan sempurna di samping menghadiri sekurang-kurangnya dua wacana ilmu setahun untuk menghasilkan tugasan dalam pelbagai bentuk. Kaedah tugasan yang digunakan mestilah mengutamakan sumber maklumat. Berdasarkan cara ini, kita dapat melaksanakan strategi yang boleh membangunkan minda murid-murid dan diri sendiri.
Rangkaian dengan rakan sekerja dan murid-murid juga dibina dan pastikan diri selalu membaca dan mencari sendiri. Mempunyai sikap kompeten adalah dengan menyiapkan tugasan yang berkualiti dan cekap dalam jangka masa yang ditetapkan. Guru juga harus mencapai tahap kecekapan dalam tempoh yang ditentukan. Sebagai contoh, memastikan pembelajaran yang disampai kepada murid-murid, dapat difahami dengan baik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.
 Guru juga digalakkan menyampaikan ilmu dan kemahiran baru kepada rakan sekerja dan murid-murid. Tidak semestinya sebagai guru hanya menggunakan rangka instruksi dan rangka kursus yang dahulu. Untuk memastikan pembelajaran anda adalah bersifat kontemporari dan sepanjang zaman, anda harus meningkatkan dan memperkemas diri anda dengan ilmu dan kemahiran baru yang relevan dengan tajuk pembelajaran anda. 
           Nilai Semangat Berpasukan.
Seangat berpasukan adalah sekelompok modal insan yang bekerja tolong-menolong di bawah satu kepimpinan, untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka masa tertentu dan menggunakan kaedah tertentu.
 Setiap ahli kumpulan mestilah saling menghormati dan mengelak daripada bercakap buruk atau fitnah di belakang antara satu sama lain. Amalkan sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu keputusan dan bertolak-ansur antara ahli kumpulan. Dengan menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri, ianya menjadi mudah untuk menegur secara hikmah rakan yang terpesong daripada norma kumpulan. Guru juga perlu mengingati setiap kebaikan rakan kumpulan dan sumbangan yang mereka berikan. Terdapat empat ciri guru yang berkesan untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat, fokus matlamat, hormat-menghormati.
Mempunyai sikap muafakat dalam kerja berkumpulan dapat menyelesaikan masalah secara bersama. Dalam kalangan ahli rakan sekumpulan, salah faham dan prasangka dapat dielakkan. Galakkan dan bantuan juga dapat diberikan kepada rakan sekumpulan dalam meningkatkan pencapaian akademik. Selain itu, murid junior yang kurang pengalaman juga dapat dibimbing serta diberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam kegiatan akademik. Walaupun murid junior tiada di dalam sesuatu kelas, sebagai seorang guru yang mempunyai matlamat yang jelas boleh membantu murid-murid yang kurang pengalaman untuk terlibat dalam kumpulan yang lebih berpengalaman.
  
   CARA MENINGKATKAN SAHSIAH GURU DENGAN MENGAITKAN TEORI REALITIDAN TEORI TERAPI
Untuk membantu masalah sahsiah guru dan membentuk semula sikap guru di sekolah, teori pilihan (choice theory) dan terapi realiti (reality therapy) boleh digunakan oleh guru dalam membentuk kembali sahsiah diri. Menurut Glasser dan Ahmad Jazimin (2010), teori pilihan menekankan tingkah laku individu berasal daripada dunia dalaman atau quality world. Dunia luaran mempengaruhi individu dalam membuat pilihan untuk dirinya. Lima keperluan asas dunia dalaman ialah keperluan asas, keperluan untuk disayangi dan menyayangi, keinginan untuk dihargai, inginkan kebebasan, kegembiraan, dan ingin terus hidup.
Terapi realiti pula ialah kaedah kaunseling dan psikoterapi yang boleh digunakan untuk membantu guru berdasarkan strategi akronim RWDEP. R merujuk kepada relationship iaitu mewujudkan perhubungan erat , W merujuk kepada wants, needs and perception iaitu tentang kehendak, keperluan, dan persepsi. D pula merujuk kepada doing and direction iaitu meneroka tingkah laku secara keseluruhan yang merangkumi aspek tingkah laku, pemikiran, perasaan, dan fisiologi. E pula merujuk kepada evaluation iaitu membantu menilai tingkah laku. Yang terakhir ialah P iaitu planning and commitment iaitu plan bertindak dan komitmen dalam membuat perubahan tingkah laku.
Teori kaunseling yang boleh digunakan untuk membantu dan membentuk semula sahsiah guru ialah teori terapi realiti. Hubungan antara teori pilihan dan terapi realiti ialah teori pilihan membincangkan cara manusia itu sendiri bertingkah laku, terapi realiti pula digunakan untuk member kaunseling dan membantu orang lain. Terapi ini adalah satu cara di mana seseorang perlu memahami tingkah laku dan membuat keputusan yang tepat dalam hidupnya. Guru boleh memberikan tumpuan dalam tingkah lakunya berdasarkan terapi realiti. Tingkah laku yang dipilih oleh guru perlu sesuai dengan dirinya sendiri. Dalam terapi realiti mempunyai suatu proses. Proses ini merujuk kepada prosedur WDEP.
Akronim WDEP adalah akronim yang digunakan sebagai suatu strategi dalam terapi realiti ini. Ia boleh digunakan untuk membantu dirinya sendiri dan untuk membantu orang lain. Akronim W merujuk kepada wants, needs and perception (kehendak, keperluan, persepsi,). D merujuk kepada direction and doing (terarah dan lakukan) manakala E pula sebagai evaluation iaitu penilaian dan yang terakhir sekali ialah P yang merujuk kepada planning and commitment iaitu pelan bertindak dan komitmen (Wubbolding dan Brickell.,1999).
     Suasana kaunseling perlu diwujudkan agar kepercayaan, penerimaan, dan proses dalam membantu guru membentuk sahsiah dapat dijalankan dengan lancar dalam menggunakan proses WDEP. Langkah-langkah dalam terapi realiti yang menggunakan strategi WDEP ialah seperti berikut:
i.            Suasana perbincangan yang kondusif perlu diwujudkan.
Untuk membantu guru membentuk sahsiah mereka kembali individu yang bertanggungjawab contohnya seperti pengetua perlu mewujudkan sesi perbincangan dalam suasana kondusif iaitu perbualan, perbincangan dan perhubungan yang mesra, menunjukkan sikap empati, focus pada isu yang dibincangkan, bertukar cerita dan boleh menggunakan sedikit humor. Individu yang memberi kaunseling kepada guru berkenaan perlu mengelak dari berhujah dalam jangka masa yang lama, mengkritik guru tersebut dan menuduh guru tersebut. Hal ini akan menyebabkan suasana yang kondusif tidak akan berlaku.

ii.            Penerokaan terhadap kehendak, keperluan dan persepsi.
Penerapan dalam strategi realiti bermula pada peringkat W iaitu wants needs and perception. Pada peringkat ini kaunselor akan meneroka kehendak, keperluan dan persepsi guru tersebut berkenaan hidupnya. Harapan guru tersebut akan diteroka. Kaunselor akan berkongsi dari segi sejauh manakah keperluan asas guru psikologi guru tersebut mengikut terapi realiti. Contohnya keperluan untuk menyayangi dan disayangi, keperluan untuk membuat pilihan dan keperluan untuk menghargai dan dihargai. Hal-hal yang sebegini dapat melahirkan perasaan gembira dan ia dapat membuatkan guru itu berfikir sejauh manakah kehidupan ini dapat diteruskan hasil daripada keperluan yang dapat dipenuhi. Hasil daripada perbincangan yang diadakan oleh guru tersebut dan kaunselor, perasaan tanggungjawab dalam diri untuk meneruskan pilihan akan datang. Hal ini dapat membantu guru dalam membentuk matlamat dalam dirinya terutama dalam menguruskan masa dengan betul.
 ii.            Kaunselor meneroka arah tuju guru (doing and directio
Dalam proses ini pula, pengalaman masa lampau perlu dilihat untuk membentuk masa hadapan. Beberapa perkara perlu dilihat semasa proses ini berlaku. Dari segi perasaan, guru hendaklah benar-benar cuba untuk memfokuskan diri mereka untuk mencapai matlamat tersebut. Ini bermakna mereka perlu menyediakan diri mereka dari segi emosi agar matlamat tersebut dapat dicapai. Dari segi emosi pula, sokongan keluarga tidak kurang pentingnya. Selain itu, guru juga hendaklah mempunyai pemikiran yang positif dan sentiasa yakin bahawa matlamat mereka akan tercapai.
iv.            Membuat penilaian terhadap diri (Evaluation)
Setelah kaunselor memberikan maklumat tentang usaha yang akan dilakukan oleh guru untuk membentuk sahsiahnya, maka penilaian spesifik akan dibuat terhadap perlakuan yang akan dijalankan. Oleh sebab itu, guru hendaklah memikirkan beberapa halangan yang akan dihadapi oleh mereka untuk mencapai matlamat yang diingini Kaunselor bukan hanya menilai tingkah laku tetapi ia juga melibatkan persepsi dan komitmen guru itu untuk berubah. Penilaian itu perlulah dibuat secara berterusan. 
v.         Berbincang dengan guru tentang pilihan untuk membuat tindakan (planning and commitment)
Yang terakhir sekali dalam penggunaan terapi ini ialah menggunakan konsep P iaitu plan and action. Kaunselor boleh membantu guru membuat perancangan berasaskan persetujuan untuk berubah kepada sahsiah yang lebih baik. Perancangan yang dirangka haruslah mudah, boleh dicapai dan dapat diukur. Ia juga boleh mendorong diri guru untuk melibatkan dirinya dalam perancangan tersebut. Perancangan tersebut juga perlu dikawal dan kaunselor haruslah bertanggungjawab dengan perancangannya. Setiap perancangan yang dirancang oleh kaunselor dan guru perlu konsisten. Pelan ini perlu dinilai dan disemak juga dengan konsistennya. Guru itu perlulah memberikan komitmen terhadap segala perancangannya terutama dalam menyelesaikan masalah penyelewengan masa yang berlaku dalam dirinya sebelum ini.
Kaunselor perlu memberikan tumpuan kepada tingkah laku semasa dan tingkah laku yang dipilih, ianya perlu sesuai dengan kehendak guru itu mengikut prosedur WDEP.


Monday, March 18, 2013

CERPEN

HAWA: SIAPA AKU ADAM… ??
Part 1

“ Cukup..Saya dah tak nak dengar lagi alasan kamu.., saya nak kamu siapkan juga tugasan tu dan hantar dalam masa tiga hari masukkan dalam box tepi pintu.” hatiku berkira-kira mahu minta lebih masa tapi memandangkan mood pensyarah aku tu macam bulan mengambang terpaksalah aku anggukan saja.

     Wargh..!! 

Tension gila..dah lah aku banyak lagi benda lain kena buat… kertas yang berada di tangan kanan di renyuk kuat..jaga kau Adam.. sebab kau lah aku terpaksa buat semula.
“ Woi..macam mana? Best tak kena marah dengan mama singa  tu”..kah..kah..kah…bro, jom makan..kasihan perempuan tu, muka cemberut je..” kening diangkat menandakan rancangan mereka tempoh hari nak kenakan aku menjadi.
“ Adam…kasihan betul I tengok perempuan tu..dengan perempuan macam tu, U nak berkawan ke..kalau I please lah tak ada class langsung..” badannya tergedik-gedik menempel di sisi Adam.. tapi aku tengok Adam tangannya asyik menolak badan Silly jauh dari dia.
“Cis.. kau ni tak tahu ke aku muak gila tengok kau tu Adam.. tambah-tambah dengan dua orang kuli kau tu..menyampah gila kat kau.. aku lagi menyampah gadis tepi kau tu..!!” Sembur aku dengan perasaan amarah. 

Tin minuman yang berada di tangan kiri diangkat seolah-olah buat aksi lontaran bola besbol..kena kau kali ni.. senyuman jahat bermain di mungil bibir Ain.
Lintang-pukang geng 3 Abdul tu mengelak apabila balingan air tin selamat sampai mengena muka yang tak berapa nak handsome tu… tapi sebenarnya mamat tu handsome tapi aku saja kata tak handsome…muka Adam merona kemerahan. Yessssss kena..!! ye beda beduuu..
Sakit perut aku gelak.. “padan la dengan perangai sampah korang tu yang asyik ganggu aku je…” baik aku blah dulu, kan tak pasal-pasal dia kejar aku.. kaki Ain dah siap-siap jauh melangkah dari tempat yang tiga Abdul tu berdiri. Just for safety from weird man’s “3A”..
Gigi Adam di getap menahan amarah. “ Kau ni kan Ain………..,” kaki Adam langkah laju mengejar aku.
“Cabut…!! Bye..bye mamat perasan… ada lori ada bas, dapat juga aku balas” tangan di lambai dari dalam teksi. Tangan diletakkan di mulut dan lepaskan fly kiss ke udara.. yahoo..


~sambungan.......^^
 sory kalau xbest sangat..percubaan pertama..